May 29, 2013

Chapter 1


Mendidih rasa di dalam hati apabila terdengar tawa manja gadis itu, beserta suara lelaki yang parau sedang bermesra. Bibir diketap menahan marah. Ya, dia marah apabila Joel menyampaikan informasi yang kedengaran tidak logic untuk diterima oleh akal warasnya.

“Ryan! Aku Nampak Natasha dengan lelaki lain tadi..”terngiang-ngiang suara sahabatnya yang disangkanya menipu. Namun oleh kerana kata hati, langkahnya di atur ke bar yang dimaksudkan oleh Joel. Dan nyata sekali sahabat baiknya itu tidak menipu.
Samsung Galaxy SIII dikeluarkan dari poket seluar lalu mesej ditaip lalu dihantar.
“Hai babe, kamu di mana?” namun jawapan yang diterimanya membuatkan hatinya lebih membara. “Kat rumah, teman mama.” Saat itu, dia betul-betul ingin melontar telefon bimbit itu ke lantai tapi dia masih mampu mengawal emosinya.
“Oh! Kenapa dengan mama?”dibalasnya mesej tersebut.
“Dia tak sihat.” Dia tidak mahu lagi melihat dan menghadapi pendustaan itu lalu berjalan dari tempat dia berdiri,di sebalik dinding yang memisahkan dia dengan pasangan tadi.
“Ini rumah kamu, Natasha? And this guy is you mama? Why are you doing this to me Natasha?”sergahnya apabila berhadapan dengan pasangan itu. Gadis itu kelihatan kelam-kabut lalu bangun dan membetulkan mini dress yang sedikit tidak kemas.
“Ryan?! I can explain this,”ucap Natasha, tergagap-gagap.
“ Awak nak cakap apa. Awak dah tipu saya. Awak cakap awak di rumah temankan mama awak tapi  awak di sini dengan lelaki lain. Awak dah curang.”bentaknya.
“Excuse me Natasha, who is this guy?” soal lelaki yang bersama dengan Natasha. Pandangan tajam dilemparkan ke arah lelaki itu. “Don’t tell me that he is your boyfriend? You said you didn’t have one?”soal lelaki itu lagi.
Natasha mengetap bibirnya, dia kelihatan serba salah dan tidak tahu hendak bertindak mahupun menjawab soalan lelaki itu.
“ Kita putus, Natasha.”ucap Ryan dengan penuh rasa benci, dia tidak mahu menimbulkan kekecohan disitu. Lalu melangkah keluar dari bar itu. Timbul perasaan benci yang teramat sanagt di dalam sanubarinya. Ini bukan kali pertama dia mendengar dan melihat kecurangan Natasha. Tetapi mala mini, egonya sebagai seorang lelaki telah mengalahkan perasaan setianya. Selama ini mungkin dia kelihatan seperti lelaki dayus kerana hanya membiarkan gadis itu bermain kaki tiga dengan harapan Natasha akan berubah suatu hari nanti. Namun, penantiannya sia-sia.
Kia Forte dipacu laju menuju ke destinasi yang di sendiri pun tidak pasti. Apabila berada dalam keadaan kalut seperti ini, seperti ditarik dia memandu pulang ke rumah keluarganya. Ketibaannya disambut mamanya dalam keadaan terpinga-pinga.
“Ryan? Kenapa balik sini malam hari biasa macam ni?” Pn Jane yang sedang menonton televisyen di ruang tamu pelik melihat anaknya pulang tiba-tiba. Ryan telah lama berpindah keluar dari rumah semenjak belajar di universiti dan kini tinggal di rumahnya sendiri. Kebiasaannya dia akan pulang ke rumah pada hujung minggu.
Langkah diatur lemah ke arah ibunya. “ Papa mana ma?”soal Ryan. “Papa dalam bilik tengah settlekan kerjanya,” jawab Pn Jane. “Rosbell?”kini dia bertanya tentang adik perempuannya pula.
“Rosbell? Dah lama tidur, sekarang dah pukul berapa dah, pukul 11.30 malam. Kamu ada masalah ke Ryan?” soal ibunya lagi.
“Ma, I think that I’m ready to get married. Mama boleh carikan isteri untuk Ryan tak?”tiba-tiba di mengemukan  niat yang langsung tidak pernah terlintas untuk dicadangkan kepada mamanya.
“Kahwin? Kenapa tiba-tiba ni? Natasha macam mana? Bukan kamu sayang sangat dengan budak tu?”soal mamanya,terkejut.
“Lantaklah dengan dia ma, Ryan nak kahwin. Asalkan mama suka Ryan suka juga.”dia nekad. Walaupun kedengaran seperti dia membuat keputusan terburu-buru tetapi dia betul telah berfikir secara mendalam hal ini. Mungkin dengan itu, hatinya yang terluka dapat dirawat.
“Ryan, hal kahwin tak boleh dibawa main-main. Are you serious with your words?”soal mamanya, meminta kepastian. Biasanya keputusan yang diambil oleh Ryan adalah bulat, tidak boleh disanggah lagi. Ciri-ciri yang diwarisi dari papanya.
Ryan mengangguk. “Kalau kamu benar-benar serius mama akan bincang dengan papa dan boleh tolong kamu carikan calon isteri,”ujar Pn Jane. “Thanks mama, asalkan mama suka, Ryan percaya dengan pilihan mama,”ujar Ryan.
Setelah berbual sebentar bersama ibunya, Ryan melangkah perlahan menuju ke biliknya di tingkat atas. Bilik yang dikongsi bersama adik lelakinya Rusell itu tidak berpenghuni kerana adiknya kini berada di Jepun untuk melanjutkan pelajaran. Setelah menukar pakaian dan mencuci muka, tubuhnya dihenyak perlahan ke atas tilam dan cuba untuk melelapkan mata.
 *****
“Carmen?! Kamu dari mana balik lewat macam ni?” soal Pn Caroline, tegas.
“Keluar dengan Syl, Rich dan Albert la, apa lagi?” jawab gadis yang masih lagi terkial-kial membuka tali kasutnya.
“Mama tahu kamu keluar dengan 3 musketeers tu. Tapi dari mana?”soal mamanya yang masih lagi bercekak  pinggang dengan mengenakan kaftan itu.
“Tengok wayang,”selamba sahaja gadis itu menjawab lalu berlalu ke dapur untuk minum air. Papanya yang baru turun dari bilik tidurnya mencelah, “Alah biasa lah mereka 4 tu, bukan keluar ke tempat lain pun, kalau tak tengok wayang, jamming tak pun jalan-jalan je kat pasar tu, mereka takkan buat benda jahat pun, apa yang mama nak risaukan.”
“Masalahnya, Carmen tu perempuan. 3 musketeer tu lelaki, kan ke tak elok kalau seorang perempuan keluar dengan tiga orang lelaki malam-malam macam ni,”bebel mamanya.
Mulut Carmen terkumat-kamit mengajuk cara mamanya berleter. En Robert tersenyum melihat tingkah satu-satunya anak gadisnya itu. “Papa nak hot choc?” soal Carmen perlahan, matanya dikerling ke arah Pn Caroline yang masih berleter itu. Jarinya pantas membancuh hot chocolate untuk papanya. Setelah siap dihulurnya gelas kepada En Robert, hero dihati Carmen. Dia sendiri turut menghirup hot chocolatenya.
“Kalau macam ni la perangai kamu Carmen, bagus kamu kahwin je!”cadangan mamanya mebuatkan dia tersedak. Nasib semburannya mengenai sinki.
“Kenapa tiba-tiba ni ma? Carmen baru saja habis study, kerja pun belum lagi dah suruh kahwin. Jangankan kerja, boyfriend pun tak ada, ish! Ish! Ish!”selak Carmen.
“Habis dalam banyak kawan-kawan kamu, tak ada boleh dibuat laki?”soal Pn Caroline.
“Ada ma, semua boleh buat laki takkan nak dibuat bini kot,”Carmen berseloroh. Papanya turut ketawa mendengar jawapannya.
“Tak ada, taka da. Kalau tak ada kawan-kawan lelaki kamu yang ramai-ramai tu untuk kahwin dengan kamu, mama akan akan carikan. Mama boleh minta tolong mak cik Melissa kamu carikan calon untuk kamu,”tegas mamanya.
Carmen jadi bengang. Gelas hot chocolate yang telah habis segera dibasuhkan. Tanpa menunggu mamanya habis bercakap, dia mengatur langkah ke tangga lalu menuju ke biliknya.
“ I’m serious Carmen, I’m doing this for your own good,”ujar mamanya sebelum dia menutup pintu bilik.
“ Aduh! Takkan la sampai tahap macam tu kot, ala boring la duduk rumah ma tu yang keluar, balik-balik dah kena suruh kahwin.” Bentaknya. Almari dibuka untuk mencari pakaian tidur setelah menukar pakaian dia terus rebah di atas katil. 

Tulis Novel

Dear guys, it's been a long time..i've been working on my novel..please read and rate it..it's really help me to improve my writing..my first trial..hope you like it..

Oct 3, 2011

My Driving Test

Today I passed my driving test..actually I took the test twice..I failed the second part for the 1st test.. Side parking test.. And i need to pay RM680 for my learning fees..wow!! Plus my test and so on..it cost RM1800+..
Now, I need to find a used car for my grandpa..he will used my license to buy the car..